Tuesday, December 21, 2010

Cathay Pacific Cabin Crew Vacancies

At Cathay Pacific Airways, we pride ourselves on providing ‘Service Straight From the Heart’ to our valued customers. With our aim to make Cathay Pacific the ‘world’s best airline’ and to support the company’s operational needs, we invite committed and enthusiastic individuals to join our professional team of Flight Attendants.

Flight Attendant (Hong Kong Base)
(Kuala Lumpur)

Responsibilities:

  • Carry out inflight safety and security procedures
  • Provide excellent customer service which exceeds passengers’ expectations
  • Anticipate and respond to passengers’ needs promptly and in a professional manner

Requirements:

  • Citizen of Malaysia.
  • Minimum age of 18.
  • High school graduate or above (completion of SPM/GCE ‘O’ Level or equivalent, including a Pass in English).
  • Fluent in speaking and reading English, and any one of the following Asian languages: Bahasa Malaysia, Mandarin or Tamil. A third language is preferable.
  • Polished interpersonal skills with a positive and customer-oriented attitude.
  • Previous experience in the service industry is preferable.
  • A minimum arm-reach of 208cm and physical fitness to pass the pre-employment medical assessment.
To apply, qualified applicants can email your resume in English, titled ‘Malaysia Recruitment- (applicant’s name), to overseasapplication@cathaypacific.com by 2nd January 2011, clearly stating:
  • Your contact details (full name, telephone contact, permanent home address and email address).
  • Your passport number.
  • Your academic qualifications stating the results obtained in SPM/GCE ‘O’ Level including the grade in English.
  • Your work experience.
Interviews will be conducted in Kuala Lumpur in 2nd half of January 2011.

Successful applicants will enjoy the following:
  • Flexible work schedule
  • Flying/Ground Duty Allowance and Outport Per Diems
  • 21 days’annual leave
  • Staff and family concessional travel benefits
  • Medical coverage
  • Comprehensive Insurance Scheme

Cathay Pacific is an Equal Opportunities Employer. Personal data provided by job applicants will be used strictly in accordance with our personal data policy and for recruitment purposes only. Candidates not notified within eight weeks may consider their application unsuccessful. All related information will be kept in our file for up to 24 months. A copy of our Personal Information Collection Statement will be provided upon request by contacting our Data Protection Officer at overseasapplication@cathaypacifc.com

Firefly - December Incredible Singapore Deals

Firefly kini sedang menawarkan harga tiket yang berpatutan bermula serendah RM89 bagi penerbangan ke Singapura dari Subang, Ipoh dan kuantan. Para pengguna bolehlah membuat tempahan tiket sekarang bermula 13 Disember sehingga 31 Disember bagi perjalanan bermula 5 Januari sehingga 31 Mac tahun hadapan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Firefly, www.fireflyz.com.my, Firely - Syarikat penerbangan komuniti anda.

Monday, December 20, 2010

Air Asia - All I want for Christmas Promotion

Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia kini sedang mengadakan promosi bersempena sambutan tahun baru krismas dengan tambang bermula serendah RM33 ke destinasi-destinasi terpilih Air Asia. Para pengguna bolehlah membuat tempahan tiket bermula 20 Disember sehingga 26 Disember 2010 iaitu bagi perjalanan bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2011.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan harga-harga tiket ke destinasi promosi ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Air Asia, www.airasia.com.my

Sunday, December 19, 2010

Berjaya Air kini beroperasi di Changi Airport.

Syarikat penerbangan Berjaya Air kini beroperasi di Changi Airport Budget Terminal (SIN) sejak 1 November yang lalu. Berjaya Air sebelum ini menjalankan operasinya di Lapangan Terbang Seletar (XSP), Singapura selama lebih 20 tahun bagi semua perlepasan dan ketibaan penumpang. Berjaya Air yang berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang (SZB) menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ke destinasi pantai dan pulau peranginan di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan juga pantai peranginan terkenal di Selatan Thailand, iaitu Koh Samui.

Berjaya Air juga menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Changi Airport Budget Terminal (SIN), ke Pulau Tioman dan Pulau Redang di pantai timur semenanjung Malaysia. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Berjaya Air, www.berjaya-air.com

Saturday, December 18, 2010

Gallery 05: Airlines Around the world (First Class Preview)

Operator: Malaysia Airlines
Headquarters: Kuala Lumpur, Malaysia
Class type: First Class
Aircraft operator: B747-400


Operator: Lufthansa Airlines
Headquarters: Hesse, Germany
Class type: First Class
Aircraft operator: B747-400


Operator: Singapore Airlines
Headquarters: Singapore
Class type: First Class
Aircraft operator: B747-400


Operator: Swiss International Air Lines
Headquarters: Basel, Switzerland
Class type: SWISS First
Aircraft operator: A340-300


Operator: Thai International Airways
Headquarters: Bangkok, Thailand
Class type: Royal First Class
Aircraft operator: A340-600


Operator: British Airways
Headquarters: London Borough of Hillingdon, England
Class type: First class
Aircraft Operator: B747-400


Friday, December 17, 2010

Malaysia Airlines - Year End Special Fare

Syarikat Penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines kini sedang mengadakan promosi sempena akhir tahun 2010. Kini anda boleh terbang ke seluruh destinasi Malaysia Airlines yang terpilih iaitu bagi perjalanan domestik, termasuk juga antarabangsa seperti ke negara-negara Asean, Australia, Asia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan Amerika Selatan dengan harga yang berpatutan bagi kedua-dua perjalanan Kelas Ekonomi dan Kelas Bisnes. Anda boleh membuat tempahan secara online di laman web Malaysia Airlines bermula 18 Disember sehingga 24 Disember 2010.

Untuk tempahan dan sebarang maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda bolehlah layari laman web rasmi Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines.com Malaysia Airlines - "Going beyond Expectations"

Firefly - Visit Amazing Thailand Promotion

Syarikat penerbangan komuniti anda, Firefly kini sedang mengadakan promosi jualan tiket dengan harga yang berpatutan ke beberapa destinasi pelancongan popular di selatan Thailand iaitu pusat pelancongan pantai terkenal Phuket dan Koh Samui. Kini para pengguna kini bolehlah menempah tiket penerbangan ke destinasi tersebut bermula 13 Disember sehingga 31 Disember 2010 ini iaitu bagi perjalanan bermula pada 15 januari sehingga 31 mac 2011.

Jadi, marilah kita sama-sama menggunakan peluang ini untuk bercuti ke pantai-pantai peranginan di Selatan Thailand. Untuk sebarang maklumat lanjut dan terma dan syarat mengenai promosi ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Firefly, www.fireflyz.com.my


The 2010 World 5-Stars Airlines

5 Star Ranking : The ultimate ranking, awarded to airlines achieving the highest Quality performance. 5 Star status recognizes the world's leading airlines at the forefront of product and service delivery achievement - that generally set trends followed by other carriers. This Ranking is assessed by SKYTRAX after detailed Product and Service standards analysis for each featured airline, and is not connected in any way to customer ratings across Forum pages on this consumer review site. A 5 Star ranking recognises highest standard of Product across the different quality assessment categories, and consistently high standards of Staff Service delivery in Onboard and Airport environments - which is why a 5-Star airline is often described as a World Leading Airline.

Asiana Airlines


Cathay Pacific Airways


Malaysia Airlines


Kingfisher Airlines


Qatar Airways


Singapore Airlines


Speaking about the exclusive 5-Star Airline ranking, Skytrax CEO, Mr Edward Plaisted .... "The greatest attribute behind 5-Star status is an airline's ability to deliver the combination of Product and Service. A great product standard is not by itself the key to a 5-Star ranking, and we are equally concerned by the Quality of front-line service that an airline provides. We are focussed on recognising airlines whose staff deliver a true 5-Star standard of service delivery. The Star Ranking covers both Airport and Onboard services .... and an airline meeting a 5-Star level onboard, whilst only at say a 3-Star standard in the airport environment, will not be eligible for the 5-Star accolade. In a similar manner, there may be an airline that delivers 5-Star standards across 70-80 per cent of product analysis, whilst achieving 5-Star status for 90 per cent of the service delivery items, and this will be classed as eligible for the global 5-Star accolade."

Thursday, December 16, 2010

MASwing - 2010 Year End Extravaganza

MASwing kini sedang mengadakan promosi Year End Extravaganza bersempena sambutan akhir tahun 2010 ini. Para pengguna di bolehlah menempah tiket penerbangan bermula dari 16 Disember sehingga 31 Disember 2010 bagi perjalanan bermula 18 Disember 2010 sehingga 31 Ogos 2011. Promosi ini juga termasuk kepada sektor penerbangan yang menggunakan pesawat ATR 72-500 di seluruh Sabah dan Sarawak seperti di Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Sibu dan Sandakan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi MASwing, www.maswing.com.my. MASwing - Connecting the world to Sabah and Sarawak.

Air Asia: Chinese New Year Holiday

Air Asia kini telah mengadakan promosi bersempena Sambutan Tahun Baru Cina pada Februari tahun hadapan. Para pengguna bolehlah membuat tempahan awal bermula 6 sehingga 16 Disember ini bagi penerbangan bermula 1 Februari sehingga 31 mac tahun hadapan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda bolehlah melayari website rasmi Air Asia www.airasia.com Air Asia- Now everyone can fly.

Wednesday, December 15, 2010

Gallery 04: Boeing 747-400 Families

Operator: United Airlines
Headquarters: Chicago, United States of America
Aircraft type: B747-422
Captured by: Manas Barooah
Place taken: San Francisco


Operator: Saudi Arabian Airlines
Headquarters: Jeddah, Saudi Arabia
Aircraft type: B747-468
Captured by: JKSC
Place taken: Kuala Lumpur


Operator: KLM Royal Dutch Airlines
Headquarters: Amstelveen, Netherlands
Aircraft type: B747-406M
Captured by: Juan Carlos Guerra
Place taken: Amsterdam


Operator: China Airlines
Headquarters: Taoyuan, Taiwan
Aircraft type: B747-409
Captured by: Ye Wu
Place taken: Vancouver


Operator: British Airways
Headquarters: London Borough of Hillingdon, England
Aircraft type: B747-436
Captured by: Mark H
Place taken: Sydney


Operator: All Nippon Airways- ANA
Headquarters: Tokyo, Japan
Aircraft type: B747-481D
Captured by: Konstantin Von Wedelstaedt
Place taken: Haneda


Resources:
www.airliners.net

Tuesday, December 14, 2010

Firefly - Terbang Dengan hanya RM49

Syarikat penerbangan tambang murah, Firefly sedang mengadakan Promosi Terbang Dengan Hanya RM49. Untuk promosi ini, para pengguna boleh membuat tempahan tiket bermula dari 13 sehingga 31 Disember 2010 iaitu bagi penerbangan pada 5 Januari sehingga 31 Mac 2011. promosi ini dijalankan bagi penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dan lapangan Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang ke destinasi seluruh negara seperti Langkawi, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru dan sebagainya.

Fly from Subang with RM49 for one way fare to:
Penang, Kota Bharu, K. Terengganu, Langkawi and Alor Setar

Fly from Penang with RM49 for one way fare to:
Subang, Langkawi,
K. Terengganu (Beginning 3 March 2011),
Kuantan and Kota Bharu (Beginning 1 Feb 2010)

Untuk sebarang maklumat lanjut dan terma-terma bagi promosi ini, bolehlah dirujuk di website Firefly iaitu www.fireflyz.com.my. Firefly, penerbangan komuniti anda.


Air Asia - 2010 Top Picks promotion.

Air Asia kini sedang mengadakan Promosi 2011 Top Picks bagi menyambut kedatangan tahun baru, 2011 dengan harga bermula serendah Rm11 sahaja. Bagi promosi ini, para pengguna boleh membuat tempahan tiket bermula pada 14 sehingga 19 Disember bagi penerbangan bermula dan pada 1 April sehingga 30 Jun 2011.


Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut mengenai promosi ini sama ada mengenai destinasi dan terma syarat yang lain, bolehlah berkunjung ke website rasmi Air Asia www.airasia.com

Thursday, December 9, 2010

Malaysia Airlines Vs Porsher Panameras

Bermula dari sekarang hingga 15 Mac 2011, Penumpang Kelas Pertama dan pemegang Kad Enrich Platinum akan merasai satu pengalaman yang mewah apabila terbang bersama-sama Malaysia Airlines. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan perkhidmatan penukaran para penumpang menggunakan Porsher Panameras yang serba mewah dan eksklusif dari Bangunan Terminal Utama ke Bangunan Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang (KLIA) berikutan tergendalanya perkhidmatan Aerotren KLIA sehingga Mac 2011 bagi kerja-kerja menaik taraf.


Timbalan Pengarah Eksekutif Malaysia Airlines, Muzzaffar Othman berkata, "Kami terus-menerus mencari cara untuk meningkatkan pengalaman bagi setiap perjalanan kepada pelanggan-pelanggan kami. Berikutan Aerotrain tidak beroperasi sehingga Mac tahun depan, kami melihat peluang besar untuk memberikan pengalaman yang baru kepada penumpang premium kami." Beliau juga berkata bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan Sime Darby Auto Performance dalam membekalkan kereta mewah Porsher bagi tujuan tersebut.

Melalui perkhidmatan penukaran yang serba mewah ini, para penumpang boleh terus ke gerbang G1 di Bangunan Terminal Utama dan gerbang C1 di Bangunan Satelit dan kedua-dua gerbang ini digunakan sebagai pusat untuk menjemput dan menurunkan penumpang. Gerbang yang sama digunakan untuk kedua-dua penumpang yang mahu masuk dan juga keluar. Para penumpang Malaysia Airlines premium akan diberikan Kad Undangan "Transfer Prioritas" ketika mereka melalu proses daftar masuk di Row D di Terminal KLIA. Ia juga terdapat di Regional Lounge di Bangunan Terminal Utama, Golden Lounge di Bangunan Satelit serta Pembantu Operasi Lapangan Terbang di Gerbang G1. Manakala bagi para penumpang yang bakal mendarat di KLIA pula akan diberikan kad jemputan ketika berada di dalam kapal terbang.

Gallery 03: Air Cargo Carrier

Operator: DHL Express
Headquartes: Bonn, Germany
Aircraft type: Tu-204-100C
Captured by: Anton Bannikov
Place taken: Moscow


Operator: MASkargo
Headquarters: Kuala Lumpur, Malaysia
Aircraft type: B747-4H6F-SCD
Captured by: John Delinham
Place taken: Amsterdam


Operator: FedEx Express
Headquarters: Memphis, United State of America
Aircraft type: MD-11-F
Captured by: Joule
Place taken: Kuala Lumpur


Operator: Emirates SkyCargo
Headquarters: Dubai, United Arab Emirates
Aircraft type: B777-F1H
Captured By: K.H.Yim
Place taken: Hong Kong


Operator: Turkish Airlines Cargo
Headquarters: Istanbul, Turkey
Aircraft type: A330-243F
Captured by: French Frogs
place taken: Toulouse


Operator: Korean Air Cargo
Headquarters: Seoul, South Korea
Aircraft type: B747-4B5F-ER-SCD
Captured by: Johnny Von Borstel
Place taken: Amsterdam


Sources:
www.airliners.net

Wednesday, December 8, 2010

Air Asia Final Countdown Sale

Air Asia kini kembali lagi dengan "Final Countdown sale". Kini anda boleh terbang kemana-mana destinasi Air Asia dengan harga tiket bermula serendah RM18 sahaja. Tempoh bagi tempahan tiket ini hanya dibuka selama 48 jam sahaja bermula tengahari 8 Disember sehingga tengahari 10 Disember 2010 iaitu bagi perjalanan bermula pada 1 Julai sehingga 10 November 2011.


Rebutlah peluang ini terbang bersama-sama Air Asia dengan harga tiket yang menakjubkan ini. Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut mengenai promosi ini, silalah rujuk di laman web rasmi Air Asia, www.airasia.com

Air Asia, Now Everyone can fly!

Tuesday, December 7, 2010

Tragedi Tanjung Kupang: Pesawat MH653 "Daging berkecai di paya hangus"

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 33 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang. Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang. Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat. Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Info tragedi
Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa
Subang
Penumpang: 93 + (7krew)
Kematian: 100 orang
Jenis Pesawat: Boeing
737-2H6
Tarikh: 4 Disember 197
7

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime. Manakala antara nak kapal yang turut terkorban di dalam tragedi itu ialah Kapten juruterbang G.J Ganjoor, Pembantu kapten Kamarulzaman Jalil, Pramugara dan pramugari MAS, Karim Tahir, Onn Jaafar, Sharifah Sidah Syed Alsagoff, Azian Borhanuddin serta penumpang pesawat yang lain daripada pelbagai negara seperti Australia, Britain, Jerman, Thailand, Afghanistan, Singapura, Kanada, Amerika, Greece, Indonesia dan India.


Kronologi tragedi 4 Disember 1977:

7.21 pm : Pesawat boeing 737-2H6, MH 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
7.46 pm : Pesawat MH653 berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm : Juruterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm' Juruterbang kemudian melaporkan sekali lagi kepada pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yang menunda MH 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'
7.50 pm : Pesawat MH 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan 'understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pm : Pusat kawalan mengarah kan pesawat MH 653 menghubungi kawalan trafik udara singapura dengan frekuensi radio singapura, pusat kawalan trafik udara di Kuala Lumpur membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pm : Pusat kawalan udara singapura membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki kemudian perhubungan pusat kawalan singapura terputus hubungan dengan pesawat 653
8.30 pm : Mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang. Seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup dan selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.


Bangkai pesawat MH 653 yang terhempas


Kawasan paya yang hangus, menjadi saksi kepada 100 nyawa yang terkorban

Pihak berkuasa sedang menjalankan operasi menyelamat


Kapalterbang itu terhempas di kawasan paya berdekatan dengan sebuah rumah yang baru mengadakan kenduri kahwin pada sebelah siangnya. Cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ada yang tersangkut di pokok. Cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas Jalan Kebun Teh Johor Bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan Negeri Johor. Upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.


Keratan akhbar pada tahun 1977



Daging Berkecai di "Paya Hangus" : MH 653 meninggalkan 1001 Misteri


Walaupun tragedi ini telah berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu, namun segalanya masih meninggalkan 1001 misteri yang belum terjawab serta meninggalkan kesan yang mendalam kepada yang mengalami peristiwa itu, termasuklah penduduk-penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang dimana tapak asal berlakunya tragedi tersebut.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

“Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.

“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.

“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.


Kejadian Aneh rentetan Tragedi MH 653

Antara faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

“Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

“Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Antaranya lagi ialah kisah kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali , 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

"Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

"Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

"Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

"Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

"Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

"Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

"Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,"katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.


Memorial Peringatan mangsa Tragedi tanjung Kupang masih dilawati oleh saudara-saudara mangsa sehingga kini di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru


Sebuah puisi mengenai peristiwa berdarah ini juga telah ditulis

Sesungguhnya tragedi MH 635, Tanjung Kupang merupakan tragedi yang merupakan sejarah hitam kepada negara kita dan juga kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sendiri. Walaupun telah hampir 3 dekad peristiwa ini berlaku, namun ianya masih segar dan menjadi misteri sehingga hari ini. Sesungguhnya kejadian tersebut tidak dapat kita elakkan, sebagai manusia kita haruslah jadikan ia sebagai tauladan dan menjadikan ia sebagai panduan di masa hadapan. Kita haruslah redha dengan setiap perkara yang telah ditentukan oleh maha Esa. Apa yang boleh kita lakukan ialah kita harus berdoa agar kita dijauhkan dari bala bencana seperti itu. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi. Semoga roh mereka bersemadi dengan aman....

Al-Fatihah....