Thursday, November 25, 2010

Firefly bakal menakluki Pantai Timur Malaysia



Bermula tanggal 11 Januari tahun hadapan, Syarikat Penerbangan Firefly Sdn. Bhd. bakal menakluki Pantai Timur Malaysia iaitu memulakan perkhidmatan penerbangan terus ke Kota Kinabalu (BKI) dan Kuching (KCH) dari Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan yang baru berusia 3 tahun itu telah menunjukkan usaha dengan mengambil langkah drastik untuk mengembangkan sayap ke destinasi berikut seterusnya mencipta sejarah baru di dalam industri penerbangan tanah air apabila turut menggunakan pesawat baru mereka iaitu Boeing 737-800 bagi menggantikan pesawat mereka yang sedia ada iaitu ATR 72-500. Menurut kenyataan pengarah urusan syarikat berkenaan, Firefly juga bakal menerima 30 lagi pesawat Boeing 737-800 mereka yang baru secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun akan datang dan bakal memulakan operasi terus dari Terminal Utama, KLIA.


Bersempena dengan itu, Firefly juga menawarkan tiket penerbangan ke Kota Kinabalu (BKI) dan Kuching (KCH) serendah RM9 sehala bagi perjalanan bermula dari 11 Januari sehingga 15 mei 2011. Promosi jualan sebanyak 50 000 seat ditawarkan kepada para pengguna yang bermula minggu lepas sehingga 14 November 2010. Tahniah dan syabas diucapkan keatas kejayaan Firefly dalam meningkatkan mutu serta mengembangkan sayap perkhidmatan seterusnya menjadikan antara syarikat yang menjadi pilihan pengguna. Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi ini bolehlah dirujuk terus ke Laman web rasmi Firefly iaitu www.fireflyz.com

No comments:

Post a Comment