Sunday, November 28, 2010

Pesawat baru Boeing 737-800 Malaysia Airlines

Syarikat Penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines kini melangkah setapak kehadapan apabila melakukan satu anjakan paradigma untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan kepada para pengguna iaitu melalui program penggantian pesawat lama. Dibawah pelan tersebut, Malaysia Airlines telah menempah sebanyak 55 buah pesawat B737-800, 25 buah pesawat A330-300 dan 6 buah pesawat A380-800 secara berperingkat. Pada 1 November yg lalu, Malaysia Airlines telah menerima pesawat sulung yang ditempah oleh syarikat berkenaan iaitu pesawat B737-800 yang diterbangkan dari Seatle USA dan selamat mendarat di Terminal Skypark Selangor. Pesawat itu turut diterbangkan dengan identit livery baru Malaysia Airlines.

Pesawat B737-800 ini dilengkapi dengan sistem audio in-flight entertainment dan dan video on demand serta dilengkapi pelbagai elemen keselesaan dan dalaman terbaru seperti ruang tempat duduknya yang lebih lebar yang diperbuat daripada kulit, tempat penyimpanan barang yang lebih luas, siling yang lebih tinggi serta suis pengecas elektronik individu dan penyambungan USB ke sistem elektronik menjadikan Malaysia Airlines syarikat penerbangan pertama di dunia yang mengendalikan pesawat Boeing 737-800 yang dilengkapi rekabentuk dalaman Boeing Skyline. Pesawat ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi tinggi yang berupaya untuk menjimatkan penggunaan bahan bakar dan boleh digunakan bagi penerbangan jarak jauh dan dekat.


Dijangkakan Malaysia Airlines bakal menerima 2 lagi pesawat baru B737-800 pada akhir tahun ini dan baki seterusnya pada tahun hadapan dan berikutnya seterusnya menggantikan kesemua pesawat lama B737-400 milik Malaysia Airlines yang sedia ada. Pesawat baru yang mempunyai ciri-ciri keselesaan maksimum kepada pelanggan ini telah melakukan penerbangan komersial yang sulungnya pada 15 November yang lepas dari KLIA ke Kota Kinabalu (BKI) dan seterusnya ke Haneda (HND) Tokyo. Diharapkan dengan bermulanya transformasi ini, Malaysia Airlines terus berkembang maju dan pesat selaras dengan statusnya sebagai World Five Stars Airlines. Syabas diucapkan kepada Malaysia Airlines.

No comments:

Post a Comment