Sunday, December 19, 2010

Berjaya Air kini beroperasi di Changi Airport.

Syarikat penerbangan Berjaya Air kini beroperasi di Changi Airport Budget Terminal (SIN) sejak 1 November yang lalu. Berjaya Air sebelum ini menjalankan operasinya di Lapangan Terbang Seletar (XSP), Singapura selama lebih 20 tahun bagi semua perlepasan dan ketibaan penumpang. Berjaya Air yang berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang (SZB) menyediakan perkhidmatan penerbangan terus ke destinasi pantai dan pulau peranginan di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan juga pantai peranginan terkenal di Selatan Thailand, iaitu Koh Samui.

Berjaya Air juga menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Changi Airport Budget Terminal (SIN), ke Pulau Tioman dan Pulau Redang di pantai timur semenanjung Malaysia. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Berjaya Air, www.berjaya-air.com

1 comment:

  1. Good info, Berjaya Air destination in this flight brings us to Koh Samui Island. Located in the north east coast of Thailand, Koh Samui Island is well known for its white sandy beaches, coral reefs and coconut trees. See detail visit:
    http://kidbuxblog.com/berjaya-air/

    ReplyDelete