Thursday, December 9, 2010

Malaysia Airlines Vs Porsher Panameras

Bermula dari sekarang hingga 15 Mac 2011, Penumpang Kelas Pertama dan pemegang Kad Enrich Platinum akan merasai satu pengalaman yang mewah apabila terbang bersama-sama Malaysia Airlines. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan perkhidmatan penukaran para penumpang menggunakan Porsher Panameras yang serba mewah dan eksklusif dari Bangunan Terminal Utama ke Bangunan Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang (KLIA) berikutan tergendalanya perkhidmatan Aerotren KLIA sehingga Mac 2011 bagi kerja-kerja menaik taraf.


Timbalan Pengarah Eksekutif Malaysia Airlines, Muzzaffar Othman berkata, "Kami terus-menerus mencari cara untuk meningkatkan pengalaman bagi setiap perjalanan kepada pelanggan-pelanggan kami. Berikutan Aerotrain tidak beroperasi sehingga Mac tahun depan, kami melihat peluang besar untuk memberikan pengalaman yang baru kepada penumpang premium kami." Beliau juga berkata bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan Sime Darby Auto Performance dalam membekalkan kereta mewah Porsher bagi tujuan tersebut.

Melalui perkhidmatan penukaran yang serba mewah ini, para penumpang boleh terus ke gerbang G1 di Bangunan Terminal Utama dan gerbang C1 di Bangunan Satelit dan kedua-dua gerbang ini digunakan sebagai pusat untuk menjemput dan menurunkan penumpang. Gerbang yang sama digunakan untuk kedua-dua penumpang yang mahu masuk dan juga keluar. Para penumpang Malaysia Airlines premium akan diberikan Kad Undangan "Transfer Prioritas" ketika mereka melalu proses daftar masuk di Row D di Terminal KLIA. Ia juga terdapat di Regional Lounge di Bangunan Terminal Utama, Golden Lounge di Bangunan Satelit serta Pembantu Operasi Lapangan Terbang di Gerbang G1. Manakala bagi para penumpang yang bakal mendarat di KLIA pula akan diberikan kad jemputan ketika berada di dalam kapal terbang.

No comments:

Post a Comment